Laman Utama
Berita & Artikel
Kokurikulum
KARNIVAL HOKI BAWAH 11 TAHUN
Berita & Artikel
Kokurikulum
KARNIVAL HOKI BAWAH 11 TAHUN 
Sambungan ke Portal KPM.. Loading..

"KAMI BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA"
| KARNIVAL HOKI BAWAH 11 TAHUN |
|
|
|
| Ditulis oleh Muza4 | |
| Khamis, 12 November 2009 | |
Pada 31 Oktober yang lalu, pasukan hoki lelaki dan perempuan sekolah telah menyertai Karnival Hoki Bawah 11 Tahun MSSM Dungun di SMK Jerangau. Dalam kejohanan tersebut, pasukan hoki perempuan telah muncul sebagai juara apabila berjaya mengalahkan pasukan SK Sultan Omar dengan jaringan 2 gol tanpa balas pada perlawanan kedua setelah seri tanpa jaringan dengan pasukan SK Jerangau pada perlawanan pertama. Kedua-dua gol telah dijaringkan oleh Nurul Aida. Tahniah buat jurulatih pasukan perempuan iaitu Cikgu Hadibah.
Pasukan lelaki mendapat tempat ketiga dalam karnival tersebut. Pasukan lelaki seri tanpa jaringan apabila menentang pasukan SK Balai Besar dan SK Sultan Omar. Mereka tewas 1-2 pada perlawanan ketiga apabila bertemu pasukan SK Batu 48. Gol tersebut telah dijaringkan oleh Muhammad Fakhrizam. Pasukan hoki mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi keizinan menyertai karnival ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga pemain kerana memberi keizinan kepada anak-anak dan jagaan mereka menyertai karnival ini kerana kejohanan ini begitu hampir dengan tarikh peperiksaan akhir tahun.
Komen (0)
![]() Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.
|
| Seterusnya > |
|---|