Wednesday 29 June 2011
LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA
Posted on Wednesday 29 June 2011 - 09:29:02 by hafizdin  

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan Pagi SKFSR
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.

 Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran
(Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.

1_1309308549_LARIAN.jpg


Read or post comments - 4 create pdf of this news item printer friendly
Wednesday 15 June 2011
Ahad cuti umum di Terengganu
Posted on Wednesday 15 June 2011 - 10:21:32 by hafizdin  

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan skuad Penyu menjuarai Piala FA pada Sabtu lepas. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia juga berikutan kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XIV.

Ahmad membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan wira-wira Piala FA dan Sukma XIV di Dataran Shahbandar di sini malam ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Datuk Wan Ahmad Wan Muda. Kira-kira 10,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat turut memeriahkan majlis sambutan itu.

Pada final Piala FA Sabtu lalu, skuad Terengganu mengalahkan Kelantan 2-1 manakala kontinjen Sukma Terengganu mendahului senarai pungutan pingat dengan 30 emas. "Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada kejayaan skuad bola sepak Terengganu dan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.

Beliau juga berkata, pengisytiharan cuti umum itu juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Terengganu yang menyokong skuad bola sepak dan atlet Sukma negeri sehingga berjaya melakar kejayaan gemilang.


Submitted by hafizdin


Read or post comments - 3 create pdf of this news item printer friendly
Sunday 22 May 2011
Perutusan khas Perdana Menteri sempena sambutan Hari Guru 2011
Posted on Sunday 22 May 2011 - 10:53:47 by hafizdin  

Berikut adalah perutusan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru. Dalam perutusannya itu, perdana menteri telah mengumumkan beberapa kaedah baru kenaikan pangkat untuk guru cemerlang dan juga kenaikkan pangkat untuk lebih 1,200 guru dari Gred DG48 ke Gred DG52.

BismilLahirRahamanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Para guru yang dirai dan dimuliakan sekalian,

1. Pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengambil peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia juga bagi pihak kerajaan, rakyat, diri saya dan isteri untuk mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru. Hari ini merupakan hari kita meraikan serta memberi pengktirafan kepada mereka.


Read more...

Read or post comments - 35 create pdf of this news item printer friendly
Thursday 28 April 2011
MAJLIS MESRA BERSAMA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU
Posted on Thursday 28 April 2011 - 11:37:23 by taj4481  

mb.gif

 
Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis pertemuan mesra bersama dengan YAB Menteri Besar
Terengganu akan diadakan pada tarikh dan masa sepertimana berikut :-
 
Tarikh                :      28 APRIL 2011  ( KHAMIS )
Tempat              :      ARENA SQUARE  ( DI HADAPAN SK BANDAR DUNGUN )
Masa Pendaftran :     1.45 PETANG di PPD CAWANGAN
 
2.   Sehubungan itu semua pengetua, guru besar, guru-guru dan staf sokongan sekolah-sekolah
daerah Dungun DIWAJIBKAN hadir pada majlis tersebut.
 
Terima kasih.



Read or post comments - 5 create pdf of this news item printer friendly
Hari Kokurikulum 2011
Posted on Thursday 28 April 2011 - 11:29:35 by hafizdin  

hariko.jpg


Read or post comments - 1 create pdf of this news item printer friendly
Anda sayang bateri laptop anda?
Posted on Thursday 28 April 2011 - 11:16:58 by hafizdin  

10492521-laptop-batteries-uk-replacement.jpg
Tip-tip yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan bateri pada laptop anda:

  • Turunkan kecerahan skrin laptop anda. Untuk mengurangkan anda boleh setkan pada menu “brightness” pada laptop anda.


Read more...

Read or post comments - 2 create pdf of this news item printer friendly
Cara membuang virus shortcut di dalam pendrive dan external hard disk
Posted on Thursday 28 April 2011 - 11:03:37 by hafizdin  



Sekarang ramai betul orang kena virus shortcut nie. Bila dah infected, semua file dalam pendrive ataupun external hardisk akan jadi shortcut dan file asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage dan disable task manager, regedit atau sebagainya.
Ada orang terus format, tapi akibatnya file akan hilang dan rugi banyak benda.


Read more...

Read or post comments - 4 create pdf of this news item printer friendly